Sejarah Penubuhan sekolah

NAMA SEKOLAH
SMU(A) AL DINIAH BATU MELINTANG

NAMA PENGETUA
UST AHMAD SANUZI BIN PAUZI

PENGASAS SEKOLAH
Tuan Hj. Abd Rahman bin Hj. Ismail merupakan pengasas SMU(A) Al Diniah Batu Melintang, Jeli. Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1930 di Kg. Pasir Pekan, Kota Bharu. Beliau mula mendapatkan pendidikan awal pada tahun 1937 di Sekolah Melayu Pasir Pekan selama 5 tahun dan menyambung pelajaran di Madrasah Falahiah, Pasir Pekan pada tahun 1942 hingga 1944.
Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di Madrasah Jamek, Merbau Al-Ismaili (Kota Bharu) sehingga tahun 1951. Pada tahun 1952, beliau berpindah dan membuka tanah baharu di Kg. Batu Melintang dan pada tahun 1964, beliau mengasaskan sekolah SMU(A) Al Diniah Batu Melintang.

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

JANUARI 1964
SMU(A) Al Diniah Batu Melintang dibina dengan keluasan 20 x 80 yang didirikan oleh masyarakat setempat dan menjadi institusi pengajian agama kepada penduduk sekitar Batu Melintang. Hasrat ini dilahirkan oleh masyarakat setempat di mana mereka tidak mampu untuk menghantar anak-anak bersekolah di luar daerah. Kumpulan pelajar utama terdiri daripada 23 orang murid dengan seorang guru berkhidmat (Tn. Hj. Abd Rahman bin Hj. Ismail) bertempat di Kg. Gunung Reng dengan bayaran setiap orang pelajar RM 1.50 sebulan.

1966
Bilangan bilik darjah bertambah kepada 3 dengan bilangan guru juga bertambah kepada 3 orang.

04 OKT 1975
Terbinanya sebuah bangunan baharu dengan ukuran 25 x 60 bagi menampung bangunan asal yang ada beserta asrama puteri.

1976
Asrama untuk pelajar lelaki dibina dengan sumbangan angkatan tentera bersama masyarakat kampung.

1980
Bangunan ulung yang dibina telah rebah dipukul ribut di mana pada waktu itu, jumlah guru 8 orang dengan pelajarnya 100 orang. Buat sementara waktu, asrama telah digunakan sebagai bilik darjah.

07 JAN 1981
Terbinanya sebuah bangunan ganti hasil sumbangan bantuan kilat daripada Pejabat Jajahan Jeli.

01 JAN 1985
Bangunan tambahan yang berukuran 25 x 60 telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar di sekolah ini. Pada masa ini ramai pelajar lepasan sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

1987
Jumlah tenaga pengajar bertambah kepada 12 orang dengan bilangan pelajar seramai 200 orang.  Peratus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) juga mencatatkan jumlah 73%. Pada tahun ini, bangunan tambahan dibina dengan 3 bilik tambahan hasil sumbangan Ahli Parlimen dan ADUN Kawasan dan kerjasama masyarakat kampung.

2016
Kini, SMU(A) Al Diniah Batu Melintang mempunyai kemudahan lengkap dengan 3 blok bangunan yang utama, asrama putera dan asrama puteri, surau dan kantin. Meskipun begitu, pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha untuk mengumpul dana bagi pembangunan fizikal sekolah ini agar dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelajar dan semua warga sekolah.


KAKITANGAN DAN PELAJAR


Bil
Tahun
Guru (orang)
Pelajar (orang)
01
1964
01
23
02
1977
06
80
03
1988
11
200
04
2016
09
108
05
2017
11
152
06
2018
13
166

1 comment: