NAMA SEKOLAH
SMU(A) AL DINIAH BATU MELINTANG
NAMA PENGETUA
UST AHMAD SANUZI BIN PAUZI
PENGASAS SEKOLAH
Tuan Hj. Abd Rahman bin Hj.
Ismail merupakan pengasas SMU(A) Al Diniah Batu Melintang, Jeli. Beliau
dilahirkan pada 31 Disember 1930 di Kg. Pasir Pekan, Kota Bharu. Beliau mula
mendapatkan pendidikan awal pada tahun 1937 di Sekolah Melayu Pasir Pekan selama
5 tahun dan menyambung pelajaran di Madrasah Falahiah, Pasir Pekan pada tahun
1942 hingga 1944.
Pada tahun 1945, beliau
menyambung pelajaran di Madrasah Jamek, Merbau Al-Ismaili (Kota Bharu) sehingga
tahun 1951. Pada tahun 1952, beliau berpindah dan membuka tanah baharu di Kg.
Batu Melintang dan pada tahun 1964, beliau mengasaskan sekolah SMU(A) Al Diniah
Batu Melintang.
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
JANUARI 1964
SMU(A) Al Diniah Batu Melintang dibina dengan keluasan 20 x 80
yang didirikan oleh masyarakat setempat dan menjadi institusi pengajian agama
kepada penduduk sekitar Batu Melintang. Hasrat ini dilahirkan oleh masyarakat
setempat di mana mereka tidak mampu untuk menghantar anak-anak bersekolah di
luar daerah. Kumpulan pelajar utama terdiri daripada 23 orang murid dengan
seorang guru berkhidmat (Tn. Hj. Abd Rahman bin Hj. Ismail) bertempat di Kg.
Gunung Reng dengan bayaran setiap orang pelajar RM 1.50 sebulan.
1966
Bilangan bilik darjah bertambah kepada 3 dengan bilangan guru juga
bertambah kepada 3 orang.
04 OKT 1975
Terbinanya sebuah bangunan baharu dengan ukuran 25 x 60 bagi
menampung bangunan asal yang ada beserta asrama puteri.
1976
Asrama untuk pelajar lelaki dibina dengan sumbangan angkatan
tentera bersama masyarakat kampung.
1980
Bangunan ulung yang dibina telah rebah dipukul ribut di mana pada
waktu itu, jumlah guru 8 orang dengan pelajarnya 100 orang. Buat sementara
waktu, asrama telah digunakan sebagai bilik darjah.
07 JAN 1981
Terbinanya sebuah bangunan ganti hasil sumbangan bantuan kilat
daripada Pejabat Jajahan Jeli.
01 JAN 1985
Bangunan tambahan yang berukuran 25 x 60 telah dibina untuk
menampung pertambahan pelajar di sekolah ini. Pada masa ini ramai pelajar
lepasan sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
1987
Jumlah tenaga pengajar bertambah kepada 12 orang dengan bilangan
pelajar seramai 200 orang. Peratus peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) juga mencatatkan jumlah 73%. Pada tahun ini, bangunan tambahan
dibina dengan 3 bilik tambahan hasil sumbangan Ahli Parlimen dan ADUN Kawasan
dan kerjasama masyarakat kampung.
2016
Kini, SMU(A) Al Diniah Batu Melintang mempunyai kemudahan lengkap
dengan 3 blok bangunan yang utama, asrama putera dan asrama puteri, surau dan
kantin. Meskipun begitu, pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha untuk
mengumpul dana bagi pembangunan fizikal sekolah ini agar dapat memberi
keselesaan dan kepuasan kepada pelajar dan semua warga sekolah.
KAKITANGAN DAN PELAJAR
Bil
|
Tahun
|
Guru (orang)
|
Pelajar (orang)
|
01
|
1964
|
01
|
23
|
02
|
1977
|
06
|
80
|
03
|
1988
|
11
|
200
|
04
|
2016
|
09
|
108
|
05
|
2017
|
11
|
152
|
06
|
2018
|
13
|
166
|
Menarik
ReplyDelete